Imej Palsu ‘Backdrop’ Nama Najib

Kuching – Gambar latar belakang yang menunjukkan kesalahan ejaan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menjadi viral adalah imej yang dipalsukan.

 

Ejaan nama ‘Najis’ bagi ‘Najib’ yang tersebar itu didakwa dipaparkan sebagai latar belakang sebelum ini dikatakan ditulis di sebuah ‘backdrop’ bagi sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat kebangsaan di Padang Medeka.

 

Jurucakap Jabatan Penerangan Negeri berkata gambar yang disebarkan itu adalah bukan gambar asal yang menggunakan latar belakang berlainan bagi acara berkenaan.

 

Ia katanya, hanya menggunakan gambar Najib sahaja dan latar belakang sebenar adalah wajah Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.

 

“Mereka yang berada di padang akan melihat perbezaan tetapi tidak bagi mereka yang membuta tuli berkongsi gambar di dalam media sosial,” kata jurucakap itu.

 

Terdahulu Najib menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Kuching.

 

Mengiringi beliau, Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dan isteri, Puan Sri Jamilah Anu.

 

Turut hadir, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri dan Menteri Pelancongan Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Openg.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.