Hanya Berpisah Sekali Sejak 68 Tahun Bersama

New York – Sekeping gambar yang dikongsi penguna di media sosial menunjukkan pasangan warga emas berpegangan tangan masing-masing di atas katil sebuah hospital di Fayetteville, Georgia menarik perhatian ramai, baru-baru ini.

 

Memetik laporan USA Today, hospital tersebut telah menyediakan rancangan istimewa kepada pasangan itu untuk membolehkan mereka ditempatkan di wad yang sama.

 

Merujuk satu status di Facebook Hospital Piedmont Feyette menyatakan Tom dan Arnisteen Clark telah berkahwin selama 68 tahun dan hanya pernah berpisah sekali sahaja sepanjang perkahwinan mereka iaitu ketika Tom berkhidmat sebagai askar di Korea.

 

Difahamkan, pasangan tersebut pada awalnya tidak dibenarkan untuk ditempatkan di dalam sebuah bilik wad yang sama mengikut undang-undang yang ditetapkan

 

Walaubagaimanapun, kakitangan di Hospital Piedmont Feyette membenarkan Tom untuk ditempatkan di wad yang sama ketika melawat isterinya.

 

Tom, kini berusia 96 tahun, berasa terharu dan tidak dapat menahan air matanya ketika bercakap tentang cintanya terhadap isterinya, Arnisteen yang berumur 92 tahun.

 

“Saya tidak boleh meninggalkan isteri saya. Dia adalah seorang isteri yang paling baik di dunia,” ujarnya.

 

Dalam pada itu, Michael Boylan iaitu pegawai komunikasi hospital tersebut menyatakan Airsteen telah dibenarkan keluar dari wad hospital.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.