Euro 2016: Tumpuan Wales Pada Kelayakan, Bukan Ranking

Wales – Kapten Wales, Ashley Williams berkata kenaikan Wales dalam ranking dunia FIFA terbaru ke tangga kesembilan tidak akan mengalihkan perhatian mereka daripada percubaan mereka untuk layak ke Euro 2016.

 

Ranking baru Wales membantu mereka mendapat status pilihan pertama dan membantu dari segi undian kelayakan Piala Dunia 2018 lapor portal BBC.

 

Tetapi pertahanan Swansea Williams, 30, menegaskan tumpuan peneraju Kumpulan B itu adalah untuk layak ke Perancis tahun depan.

 

“Kami tidak mahu gembira terlalu awal, tetapi kami melalui kempen dengan baik setakat ini,” katanya.

 

Wales kini tiga mata di hadapan Belgium di tempat kedua dalam Kumpulan B, dan lima di hadapan Israel dan Cyprus, masing-masing di tempat ketiga dan keempat.

 

Skuad Chris Coleman akan menghadapi dua perlawanan besar pada September, berkunjung Cyprus pada 3 September sebelum menjadi tuan rumah menentang Israel tiga hari kemudian.

 

Jika Bosnia-Hercegovina gagal untuk menang di Belgium dan Wales memenangi kedua-dua perlawanan, Williams dan rakan sepasukannya akan terjamin kelayakan untuk Euro 2016.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.