City Ada ‘Sesuatu’ Untuk Dibuktikan – Vincent Kompany

Manchester – Vincent Kompany mengakui bahawa Manchester City mempunyai ‘sesuatu’ untuk dibuktikan selepas melalui musim 2014-15 yang suram.

 

City, yang merangkul kejuaraan Liga Perdana 2013-14, menamatkan liga dengan lapan mata di belakang juara Chelsea musim lalu tetapi membuat permulaan yang baik untuk kempen baru dengan kemenangan 3-0 di West Bromwich Albion.

 

Kapten pasukan, Kompany, yang menjaringkan gol ketiga City, mengakui dia perlu menghapuskan keraguan dikalangan semua pihak selepas penamat musim lalu yang kurang memuaskan.

 

“Kami mempunyai sesuatu untuk dibuktikan,” katanya kepada Sky Sports yang dilaporkan ESPN.

 

“Musim lalu kami gagal menepati sasaran. Jika anda telah melihat sesi latihan, kami adalah pasukan yang besar. Bagi kami, ini adalah satu cara yang baik untuk memulakan permainan pertama.”

 

Pemain pertahanan Belgium itu merasakan ada peluang untuk City bagi bersaing merebut takhta liga pada musim ini.

 

Kompany bergelut untuk mencapai prestasi dan kecergasan terbaik musim lalu tetapi mengakui lebih bermotivasi musim ini.

 

“Lebih daripada orang lain, mungkin.

 

“Saya telah bekerja keras dan kadang-kadang anda dapat menilaikan ketika habis musim.

 

“Sehingga November Saya melalui musim yang baik tetapi ia tidak membawa apa-apa makna kerana kami tidak memenangi apa-apa. Saya hanya mahu untuk kembali ke tahap terbaik saya dan amat dahagakan lebih banyak kejuaraan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.