Chelsea Kemuka Rayuan

London – Chelsea dilaporkan akan membuat rayuan terhadap kad merah yang dilayangkan kepada penjaga gol, Thibaut Courtois ketika seri 2-2 dengan Swansea di Stamford Bridge pada Sabtu.

 

Pemain antarabangsa Belgium berusia 23 tahun itu diperintah keluar padang pada minit ke-52 selepas menghalang Bafetimbi Gomis daripada melakukan cubaan gol, sebelum sepakan penalti disempurnakan oleh penyerang Swansea.

 

Bagaimanapun, pengurus Blues Jose Mourinho enggan mengulas lanjut berkenaan keputusan tersebut selepas perlawanan berakhir lapor portal BBC.

 

Rayuan Chelsea itu akan didengar oleh Persatuan Bola Sepak pada Selasa.

 

Jika gagal, Courtois akan didenda gantung satu perlawanan dan terlepas pertembungan dengan naib juara Liga Perdana musim lalu, Manchester City pada Ahad.

 

Asmir Begovic, penjaga gol yang ditandatangi dari Stoke baru-baru ini membuat debut pertama dengan Chelsea sebagai pemain gantian Courtois dalam perlawanan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.