Cat Tebing Gunung Kerana Kepercayaan Feng Shui

BEIJING – Feng shui menjadi kepercayaan penting bagi sebahagian masyarakat Cina di seluruh dunia. Seni kuno itu menyebabkan sebahagian mereka terjerumus dalam rasuah, tidak kurang yang menyebabkan maut.

 

Seorang penduduk di Qijiang di wilayah Chongqing baru-baru ini bertindak terlalu jauh kerana kepercayaannya kepada feng shui hingga sanggup mengecat seluruh tebing sebuah gunung dengan warna hijau.

 

Lelaki itu, Yang Zhigang berkata, dia bertindak demikian kerana warna asal tebing itu memberi kesan negatif kepada feng shui di rumahnya.

 

Yang mengupah enam pekerja untuk melakukan tugas berbahaya itu. Mereka menghabiskan masa seminggu dengan bergayut pada tali untuk mengecat 2,000 meter persegi tebing setinggi 900 meter itu.

 

Pihak berkuasa tempatan kelmarin memulakan siasatan untuk menentukan sama ada Yang boleh didakwa atas tuduhan merosakkan alam sekitar. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.