Badminton: Pemain Israel Tersingkir Awal Salahkan Imigresen

Jakarta – Pemain Israel yang hanya mendapat visa di saat akhir untuk bertanding di Kejohanan Badminton Dunia, di Indonesia menyalahkan masalah imigresen sebagai punca pulang awal daripada pertandingan itu.

 

Misha Zilberman yang mewakili Israel pada temasya Olimpik 2012 London tewas kepada pemain Taiwan, Hsu Jen-hao, 21-14, 21-14, pada pusingan pertama, sekali gus tersingkir daripda pertandingan.

 

Pemain berusia 26 tahun itu pada mulanya tidak mendapat kebenaran untuk memasuki negara ini hingga terkandas di Singapura, ketika sedang dalam perjalanan menyertai kejohanan.

 

Indonesia adalah negara paling ramai penduduk Islam di dunia, manakala negara Yahudi itu tidak memiliki hubungan diplomatik yang sekali gus menyukarkan dia memasuki negara di Asia Tenggara itu.

 

Namun, dia mendapat visa pada saat akhir selepas Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) campur tangan.

 

Badan induk itu mengesahkan Setiausaha Agungnya, Thomas Lund terbang ke Singapura bagi membantu pemain itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.