Andres Iniesta Bimbang Kehilangan Pedro

Georgia – Pemain tengah Barcelona, ​​Andres Iniesta tidak mahu mempertimbangkan kemungkinan bahawa rakan sepasukan di kelab dan pasukan kebangsaan Sepanyol, Pedro Rodriguez bakal melalui hari-hari terakhirnya sebagai pemain Barca.

 

Pedro sedang hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United sebelum jendela perpindahan ditutup pada akhir bulan setelah melihat peluang untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama semakin tipis berikutan ketibaan Neymar dan Luis Suarez ketika dua jendela perpindahan yang lalu.

 

Namun, pemain berusia 28 tahun itu bersedia beraksi untuk kelabnya menentang Sevilla pada Selasa, selepas Neymar diketepikan selama dua minggu akibat kecederaan.

 

“Sehingga hari ini kami tidak berfikir bahawa kita boleh kehilangannya (Pedro),” kata Iniesta menjelang perlawanan di ibu negara Georgia, Tbilisi.

 

“Dia terus menjadi rakan sepasukan kami dan dia di sini untuk memenangi gelaran pertama (musim ini). Mudah-mudahan, sebagai rakan sepasukan dan pemain dia boleh terus bersama kami kerana dia seorang pemain yang bertaraf dunia.”

 

Dani Alves menolak peluang meninggalkan Barcelona ke Old Trafford pada awal jendela perpindahan selepas menandatangani perjanjian dua tahun baru dengan juara Eropah itu, selain berkata dia akan memahami jika Pedro telah tergoda dengan tawaran lumayan daripada kelab dari Liga Perdana.

 

“Ia adalah keputusan untuk dia (Pedro) dan apa yang hatinya mahu,” tambah pemain Brazil itu.

 

“Jika dia kekal, kami akan gembira dan jika dia pergi, kami perlu menghormati keputusan itu.”

 

Sama ada Pedro kekal atau bersetuju untuk berpindah, Barca tidak akan mendaftarkan mana-mana pemain baru sehingga Januari, menurut pengurus Barca, Luis Enrique.

 

“Seperti mana-mana jurulatih saya ingin melihat semua pemain saya kekal untuk sepanjang musim ini,” katanya.

 

“Kita sudah banyak bercakap tentang Pedro dan akan ada penyelesaian tidak lama kerana pasaran akan ditutup.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.