Warga Emas Maut Nahas Kemalangan

Kota Tinggi – Seorang wanita warga emas maut dan anaknya cedera parah manakala empat yang lain cedera ringan dalam nahas melibatkan tiga kenderaan di KM11 Jalan Kota Tinggi–Kluang berhampiran Kampung Desa Makmur malam tadi.

Dalam kejadian 9.30 malam itu, mangsa yang terbunuh dikenali Teo Yoke Eng, 76, selepas tersepit dalam kereta Toyota Altis yang dipandu anaknya, Lee Sing@Lee Yong Sang, 41, yang juga cedera parah.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata kemalangan berlaku apabila pemandu Toyota Altis yang berada di hadapan sekali memberhentikan kenderaannya di bahu kiri jalan untuk membuat pusingan ke arah Kota Tinggi.

Katanya, tindakan pemandu Toyota Altis itu menyebabkan pemandu Proton Waja, Mohd Norfazri Sakiman, 30, yang mengekori tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang Toyota Altis.

“Sebuah lagi kenderaan (Perodua Myvi) turut melanggar di bahagian belakang Proton Waja,” katanya hari ini.

Rahmat berkata pelanggaran itu menyebabkan pemandu Proton Waja serta empat penumpangnya mengalami cedera ringan, manakala pemandu Perodua Myvi bersama enam penumpang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.