UMNO Selangor Sokong Khalid Tanpa Syarat – Muhyiddin

Shah Alam – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menjelaskan Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan penuh kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor tanpa syarat bagi menjayakan perjanjian air yang sudah ditandatangani.

Timbalan perdana menteri itu berkata, perkara berkenaan sudah dibincangkan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kini berada di luar negara dan BN akan menyokong kepimpinan Khalid jika usul tidak percaya diadakan.

“Saya mengikuti kenyataan dikeluarkan MB Khalid tentang status kedudukan beliau. Saya sudah berhubung dengan PM untuk mendapatkan hala tuju.

“Saya nak nyatakan BN sokong status Khalid kekal sebagai MB Selangor tanpa mengira fahaman politik. Kita juga tidak melihat kewajaran kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) Selangor kerana apa yang penting soal kesinambungan dan nasib rakyat Selangor,” katanya pada satu sidang media di Putrajaya hari ini.

Khalid hari ini mendakwa beliau masih menteri besar dengan sokongan empat exco kerajaan negeri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS dan ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan negeri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.