Pesta Sukan Bogel: Seorang Lagi Wanita Dipanggil Beri Keterangan

Kepala Batas – Polis mengambil keterangan seorang lagi wanita berhubung kes video sukan bogel yang diadakan di Pantai Teluk Kampi, Teluk Bahang.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, wanita berusia 24 tahun itu dipanggil untuk membantu siasatan di Balai Polis Daerah Barat Daya di Balik Pulau, Sabtu lalu.

“Wanita terbabit telah memberi keterangan selama dua jam kepada pihak polis. Sehingga kini, polis telah merekodkan 18 keterangan daripada saksi bagi membantu siasatan termasuk pemandu pelancong,” katanya pada sidang media.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati tujuh suspek berhubung kes itu dipercayai masih berada dalam negara.

“Polis meminta orang awam untuk membantu siasatan serta membantu mengesan mereka yang terlibat atau menyerah diri kepada polis,” katanya.

Minggu lalu, seorang wanita yang merupakan guru muzik bernama Ellen, 34 tahun, turut diambil keterangan bagi membantu siasatan kes terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.