Khalid Tiba di Istana Alam Shah Untuk Mengadap Sultan Selangor

Klang – Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim tiba di perkarangan Istana Alam Shah, untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membincangkan kedudukannya sebagai Menteri Besar.

Khalid pada Sabtu lalu dipecat daripada PKR setelah enggan mengosongkan kerusinya untuk memberi laluan kepada presidennya, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Khalid semalam menegaskan tidak akan mengulas isu kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor sehinggalah beliau mengadap Sultan Selangor selepas Mesyuarat Majlis Penasihat Raja-Raja hari ini.

Sehingga itu, beliau berikrar menjalankan tugasnya seperti biasa walaupun telah digugurkan daripada parti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.