Gajah Mati Tersepit Celah Pokok

Kota Tinggi – Seekor gajah dewasa dilaporkan mati akibat sebelah kakinya tersepit di celah dahan sebatang pokok cempedak di Felcra Dusun Panti, Kota Tinggi pada Khamis lepas.

Haiwan berkenaan dipercayai cuba memanjat pokok tersebut untuk mendapatkan buahnya.

Seorang peneroka Mohd Nasir Hashim, 57, berkata gajah itu ditemui terbaring pada pangkal pokok tersebut oleh seorang pekerja di dusun itu.

“Melihat pada kesannya, saya percaya semalaman gajah itu cuba melepaskan dirinya namun ia gagal dan mati di situ,” katanya.

Beliau berkata Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara Negeri Johor Bandar Penawar telah diberitahu mengenai perkara tersebut dan menanam bangkai gajah itu di kebun berkenaan.

Difahamkan memang banyak terdapat gajah di tanah rancangan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.