Dua Maut, Lima Cedera Dalam Kejadian Tembak

New Orleans – Satu kejadian tembakan di sini semalam mengakibatkan dua orang terbunuh dan lima lain cedera, termasuk kanak-kanak berusia dua dan empat tahun.

Kanak-kanak terbabit dan seorang lagi mangsa lain dari kawasan perumahan Lower Ninth Ward kini berada dalam keadaan kritikal selepas kejadian semalam, sementara dua lagi stabil, kata jurucakap polis, Frank Robertson.

Dalam kejadian berasingan, seorang lelaki 20 tahun menembak rakannya di sebuah bilik hotel di Canal Street di sini, kemudian menembak dirinya sendiri selepas berhadapan dengan polis, kata pihak berkuasa.

Kejadian itu berlaku di bilik tingkat 17 Hotel The Westin di mana empat rakan dari kawasan Lafayette tinggal pada hujung minggu, kata Robertson. – AP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.