Ifa Raziah Perempuan Plastik, Kata Sheeda

Sejak malam tadi kecoh mengenai sebuah video insiden dua bintang dangdut iaitu Sheeda yang dikatakan ‘menyerang’ Ifa Raziah di ruang parkir kereta.

Video berdurasi 43 saat itu dimuat naik oleh Sheeda di Instagram miliknya.

Menerusi kapsyen pada video itu, Sheeda mendakwa Ifa memburuk-burukkan dirinya kepada pihak lain namun tidak berani bersemuka apabila diminta berbuat demikian.

Penyanyi lagu Angkat Kaki itu menerusi kapsyennya turut melabel Ifa sebagai wanita ‘plastik’ selain suka mencari pasal dan penipu.

Bersemuka tak berani pulak, perempuan plastik… Suka buat hal… Kena bagi pengajaran supaya dia insaf.

“Pandai pula ko (kau) lari dan buat-buat tak nampak, belakang aku.

“Semua orang ko canang cerita memburuk-burukkan aku. Sekarang biar semua orang tahu kau penakut! Penipu! Ini jawapannya,” tulisnya.

Sheeda turut dilihat menolak bahu Ifa beberapa kali dan akhirnya bersemuka lalu pertengkaran di antara mereka tercetus sebelum bekas peserta program Gegar Vaganza itu berlalu pergi.

Difahamkan, Ifa sudah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut. – mD

2 thoughts on “Ifa Raziah Perempuan Plastik, Kata Sheeda

  • July 16, 2018 at 1:20 pm
    Permalink

    artis2 ni lebih sudu dari kuah! remeh2 tk perlu bawang kepuh! bakat abuk jer banyak? tutup aurat ikut masa ker? biul ke bingung! tak cerdik jgn cakap malu kat publik ….!

    Reply
  • July 16, 2018 at 1:23 pm
    Permalink

    banned film melayu sentuh2 tak perlu pun tunjuk2! pengarah bingung samalah pelakon pun…haram tetap haram! banned terus film melayu ni…dialog pun lucah…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.