Harga RON97 Di Malaysia Naik, RON95 Kekal Ketika Harga Minyak Dunia Susut

KUALA LUMPUR – Harga bahan api RON97 menyaksikan kenaikan satu sen kepada RM2.59 seliter berbanding RM2.58 seliter sebelumnya.

Bahan api RON95 dan Diesel pula kekal diniagakan pada harga RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter.

Sementara itu di sebalik pengekalan harga RON95 dan Diesel serta kenaikan harga RON97 di Malaysia, harga minyak dunia pula merosot dari AS$79.58 setong kepada AS$77.36 setong hari ini.

Memetik laporan MalaysiaGazette, penyusutan tersebut susulan ancaman Presiden AS, Donald Trump mengancam untuk melaksanakan tarif baru ke atas China, meningkatkan lagi pertikaian perdagangan yang menekan permintaan untuk tenaga.

“Kebimbangan perdagangan semakin meningkat hari ini. Jika tarif tersebut dilaksanakan ia akan memberi kesan kepada pertumbuhan dan permintaan global,” kata Michael dari CMC Markets.

Punca lain kejatuhan harga minyak itu turut dibantu oleh berita National Oil Corp (NOC) yang telah mengeluarkan minyak kembali kepada paras normal. – SuaraTV

One thought on “Harga RON97 Di Malaysia Naik, RON95 Kekal Ketika Harga Minyak Dunia Susut

  • July 16, 2018 at 9:11 am
    Permalink

    woh …apa jadi? kerajaan sama mcm dulu ke? takda beza pun? ambil tindakan bernas agar rakyat tak susah berontak jgn pandang enteng sepi!jangan cuba….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.