Harga Minyak Dunia Susut

TOKYO – Harga minyak dunia susut selepas Presiden Donald Trump mengancam untuk melaksanakan tarif baru ke atas China, meningkatkan lagi pertikaian perdagangan yang menekan permintaan untuk tenaga.

Rangsangan tarif ke atas barangan China bernilai lebih AS$200 bilion itu mempengaruhi penurunan harga komoditi, seiring dengan penyusutan pasaran.

Harga minyak Brent jatuh kepada AS$77.36 setong manakala minyak Amerika Syarikat AS$73.51 setong.

“Kebimbangan perdagangan semakin meningkat hari ini. Jika tarif tersebut dilaksanakan ia akan memberi kesan kepada pertumbuhan dan permintaan global,” kata Michael dari CMC Markets.

Kejatuhan harga minyak itu turut dibantu oleh berita National Oil Corp (NOC) yang telah mengeluarkan minyak kepada paras normal.

Sebelum ini NOC menghadapi masalah untuk mematuhi kontrak minyak di empat pelabuhan minyak Libya.

Pengeluaran minyak Libya menjunam kepada 527,000 tong sehari daripada 1.28 juta tong pada bulan Februari disebabkan penutupan pelabuhan, kata NOC. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.