Cik B Dapat Hadiah Kereta Mewah Sempena Ulang Tahun Ke 13

USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Vida menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada anak perempuannya iaitu Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau lebih dikenali sebagai Cik B.

Menerusi laman Instagram, Vida memuat naik rakaman video remaja berusia 13 tahun itu mencuba kenderaan tersebut.

Rata-rata pengikut menyatakan rasa kagum dengan pemberian Vida itu bersempena ulang tahun kelahiran Cik B, baru-baru ini.

“Cik B memang layak dapat macam tu. Dia jenis merendah diri walaupun keluarga kaya, tak menunjuk-nunjuk.

“Untunglah, seronok jadi anak orang kaya, nak apa-apa pun dapat.

“Alhamdulillah semoga Datuk bertambah kaya dan bangga melihat orang Melayu Islam berjaya,” komen pengikut.

Sementara itu, hasil carian di laman sesawang jual beli mendapati kenderaan dengan jenama Mercedes Benz CLA 180 itu dianggarkan bernilai hampir RM200,000.

Sebelum ini, Cik B pernah menyatakan hasrat meminta ibunya itu membelikan sebuah kereta mewah jenama Mustang. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.