Warga Emas Tembak Isteri Gara-Gara Lambat Hidangkan Makan Malam

Akibat lambat menghidangkan makan malam, seorang lelaki warga emas telah menembak mati isterinya. Mangsa, Sunaina, 55, ditembak di kepala dalam kejadian mengejutkan di New Delhi.

Ketika kejadian, Kumar balik ke rumah dalam keadaan mabuk dan ketika isterinya cuba menasihatinya mengenai tabiat buruknya itu, dia telah mendesak isterinya menyediakan hidangan makan malam.

Kumar yang tidak sabar menjadi marah apabila makanan lambat dihidang menyebabkan dia menembak isterinya.

“Lelaki ini mabuk setiap hari manakala isterinya pula sangat kecewa dengan keadaan suaminya,’’ kata polis yang menyiasat kes berkenaan.

Keganasan rumah tangga menjadi jenayah utama yang dilaporkan berlaku ke atas wanita di India sejak sedekad lalu.

Pada 2015, sebanyak 327,000 kes dilaporkan terhadap wanita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.