Video : Pemuda Digelar Hero, Putus Kaki Demi Selamatkan Warga Emas

Seorang lelaki digelar hero oleh orang ramai apabila tindakan pantasnya berjaya menyelamatkan nyawa seorang wanita warga emas menjadi tular di media sosial.

Menerusi sebuah video berdurasi 1 minit 04 saat yang dikongsikan di Facebook, seorang lelaki bernama Xu Qiankai hilang kaki kanan selepas bertindak terjun dari kereta api untuk menyelamatkan seorang wanita berusia 65 tahun yang mengalami masalah pendengaran, seperti memetik laporan Awani.

Sehubungan itu, biarpun berjaya menyelamatkan wanita tersebut dengan menolaknya dari landasan, namun kaki kanannya tidak sempat ditarik keluar dari landasan dan mengakibatkan dia digilis kereta api.

Rata-rata yang menyaksikan video itu memuji sikap yang ditunjukkan oleh Xu meskipun dia terpaksa untuk mengadaikan nyawanya demi menyelamatkan nyawa orang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.