Video: Netizen Kecam Tarian Gelek Artis Di Kelantan

KUALA LUMPUR – Pengguna laman media sosial mengecam tarian gelek tiga artis dikir barat di sebuah majlis perkahwinan di Kelantan yang kini menjadi kontroversi.

Video berdurasi 1 jam 5 minit itu turut dimuat naik untuk tayangan secara langsung di Facebook sebelum ini.

Rata-rata pelayar internet menganggap tarian gelek di Kampung Padang Tembesu itu tidak wajar kerana Kelantan dikenali sebagai negeri Serambi Mekah.

Mereka turut mengecam kerajaan negeri pimpinan PAS yang dianggap menyimpang hanya selepas dua tahun bekas Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia.

Selain itu, pentadbiran kerajaan negeri turut dikecam kerana membenarkan konsert penyanyi rock lagenda tanah air, Awie berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV bersempena program Kelantan International Bike Week 2017.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman menyanyikan empat buah lagu semasa majlis tersebut. – BeritaDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.