Tular Wanita Dilanggar Troli Mineral, Retak Tulang Belakang

Tular di media sosial seorang wanita dilanggar troli mineral di sebuah pasaraya di Kelantan beberapa hari lalu.

Menerusi satu perkongsian di facebook milik Nurhayati Hashima pada 9 Jun lalu menulis sahabat baiknya, (wanita dilanggar troli) retak tulang belakang akibat kecuaian yang dilakukan pekerja Tesco.

“Tolong doakan sahabat baik saya Nur Athirah cepat sembuh ye kawan-kawan ,retak tulang belakang dan skang sudah hari ke3 di wad HRPZ II akibat kecuaian pihak TESCO.

“Soal keselamatan jangan amik mudah, org lain jadi mangsa.. tak logik la troli dengan air mineral berkotak-kotak guna escalator …sepatutnya guna lift angkat barang ..mohon pihak TESCO KB bertanggungjawab kepada mangsa,”tulis perkongsiannya.

Difahamkan, ibu kepada dua orang anak perempuan itu pergi ke tesco untuk beli lampin pakai buang anaknya, bagaimanapun dilanggar troli air mineral dari laluan eskalator.

Ibu dan adiknya menunggu lama di dalam kereta membuat keputusan mencari mangsa.

Bagaimanapun, satu pangilan telefon mengatakan kakaknya terlibat dengan kemalangan di dalam pasaraya itu.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.