SPRM Tahan YDP Dewan Perniagaan Melayu Perak

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah malaysia (SPRM) hari ini menahan Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu (DPMM) Perak, Sabri Ahmad Tah bagi membantu siasatan kes rasuah.

SPRM sebelum ini dilapor memburu lelaki berusia 47 tahun itu bagi membantu kes membabitkan projek memajukan tanah di sebuah okasi di Perak serta pembekalan bahan binaan pada tahun 2014.

BH Online melaporkan, suspek yang juga pengarah syarikat Semarak Sinergi Sdn Bhd ditahan di ibu pejabat SPRM, kira-kira jam 4 petang.

Dipercayai suspek dicari SPRM selepas siasatan mendapati beliau terbabit dalam rasuah dengan nilai lebih RM200,000, sebagai upah membantu memperoleh projek-projek yang dikatakan milik kerajaan negeri.

Dalam penahanan itu, SPRM masih belum membuat sebarang sitaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi BH Online mengesahkan tangkapan itu dan berkata, pihaknya melakukan siasatan terperinci susulan penahanan ini.

 

“Kami membuka siasatan kes ini mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan tindakan lanjut sedang dilakukan SPRM,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan suspek dicari SPRM bagi menyelesaikan satu pendakwaan rasuah.

Suspek dijangka akan dibawa ke mahkamah di Putrajaya esok untuk direman.-Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.