ROS Tidak Ambil Masa 4 tahun Untuk Beritahu DAP

Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 10 Julai 2017

ROS tidak mengambil masa 4 tahun untuk memberitahu DAP untuk mengadakan pemilihan baru. DAP yang tidak mengikuti arahan ROS dengan betul selepas 4 tahun.

Di sini adalah buktinya:

Pada Julai 2013, ROS mengarahkan DAP untuk mengadakan pemilihan baru berikutan aduan mengenai percanggahan yang dibuat oleh ahli parti.

Pada 28 September 2013, ROS memberi amaran kepada DAP kerana menyamakan keputusan mahkamah semalam dengan mendapatkan lampu hijau untuk mengadakan pemilihan baru pada hari berikutnya pada 29 September 2013.

ROS berkata demikian sebagai tindak balas kepada dakwaan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng bahawa keputusan mahkamah untuk membatalkan saman yang difailkan oleh A. David Dass bermakna mereka mempunyai hak untuk mengadakan pemilihan melalui kongres khas. Bercakap kepada pemberita selepas keputusan mahkamah, Lim menuduh ROS tidak mengetahui undang-undang.

Menegaskan bahawa perkara berkaitan mahkamah adalah hanya antara DAP dan salah seorang ahlinya sahaja, ROS berkata peranannya adalah untuk memastikan peraturan parti tidak dilanggar.

“Selaras dengan perlembagaan DAP, pilihan raya pusat perlu diadakan dalam kongres kebangsaan dengan notis 10 minggu yang diberikan kepada cawangan dan perwakilan.

“Jika DAP terus dengan niat untuk mengadakan pemilihan baru pada hari Ahad dalam kongres khas, mereka perlu menukar perlembagaan parti mereka terlebih dahulu,” katanya.
http://www.thestar.com.my/news/nation/2013/09/28/tug-of-war-between-dap-and-ros-continues/

Oleh itu, ROS sudah memberi amaran terlebbih dahulu kepada DAP bahawa pemilihan semula mereka sudah tidak mematuhi kerana dokumen-dokumen yang berkaitan tidak diserahkan kepada ROS pada masa yang ditetapkan dan tempoh notis minimum 10-minggu tidak dipatuhi.

Pada 2 September 2013, ROS juga mengesahkan bahawa tiada dokumen telah dikemukakan kepada mereka dan memberi amaran kepada DAP bahawa DAP sepatutnya ‘mematuhi prosedur’ dalam pemilihan semula.
http://www.malaysiakini.com/news/240015

ROS berkata DAP telah membuat keputusan ini tanpa mengemukakan dokumen yang berkaitan ke pejabatnya.

“Saya tidak menerima apa-apa dokumen, mereka hanya memberitahu media apa yang akan mereka lakukan,” kata Abdul Rahman hari ini.

Beliau berkata bahawa beliau tidak mahu mengulas lanjut sehingga DAP telah mengemukakan dokumen berkaitan untuk memaklumkan ROS tentang tarikh pemilihan semula.

Ditanya sama ada sebarang surat telah dikeluarkan oleh DAP, Abdul Rahman meninggikan suaranya sambil menjawab: “Surat apa? Senarai apa? Anda (pemberita) beritahu mereka (DAP), mereka bercakap mengenai perkara ini (tarikh pemilihan semula) pada 20 Ogos, sekarang sudah 2 September, mana dokumen-dokumen itu?

“Setakat ini, saya tidak menerima apa-apa. Mereka (DAP) hanya memberitahu media apa yang mereka mahu lakukan,” katanya mengeluh.

Pada 5 September 2013, DAP berkata mereka akan mematuhi permintaan ROS dan AKAN menghantar dokumen mereka. http://freemalaysiakini2.blogspot.my/2013/09/dap-accedes-to-ros-request-for-letter.html?view=flipcard

Saya tidak tahu sama ada mereka ade mengemukakannya atau tidak tetapi yang saya tahu adalah bahawa 5 September 2013 adalah KURANG daripada 10 minggu yang diperlukan dari hari pemilihan semula pada 29 September 2013.

Kesimpulannya ialah bukan ROS yang mengambil masa 4 tahun untuk meminta DAP mengadakan pemilihan baru tetapi DAP yang belum memenuhi syarat ROS selepas 4 tahun walaupun sudah terlebih dahulu diberi peringatan bahawa pemilihan pada 29 September 2013 akan menjadi tidak sah.

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.