Penangpac Tukar Tayangan Filem Gay Selepas Dikecam

PULAU PINANG — Sebuah pusat seni persembahan,  terpaksa menukar judul filem selepas dikecam di media sosial atas dakwaan ada unsur gay.

Filem asal Lost in Paradise tetapi penganjur Performing Arts Centre di Pulau Pinang (Penangpac) menukarnya kepada West Side Story, lapor Utusan Online.

Notis pertukaran filem baru itu, bertemakan kisah cinta ala Romeo dan Juliet yang terbabit dengan samseng New York, dimaklumkan di Facebooknya semalam.

Akhbar itu juga difahamkan beberapa badan bukan kerajaan merancang mengadakan bantahan malam ini jika filem asal ditayangkan.

Lost in Paradise mengisahkan cinta tiga segi antara tiga lelaki berlatar belakang sindiket pelacuran seks sejenis di Ho Chi Minh.

Ditayang di Festival Filem Lesbian dan Gay di Hong Kong pada 2011, ia dianggap filem gay pertama dihasilkan di Vietnam.

Menurut akhbar itu, banyak babak lelaki kacak bertubuh sasa dalam posisi mengghairahkan dimuatkan filem tersebut. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.