Pasangan Ditembak Polis Pegang Pistol Palsu Pakai Kostum Harley, Joker

MELBOURNE – AUSTRALIA . Sepasang kekasih yang meniru persalinan ‘Joker’ dan ‘Harley Quin’ serta memegang pistol palsu ditembak polis dalam sebuah serbuan, kelmarin.

Menurut Dailymail, kejadian berlaku di sebuah kelab malam dan sebuah parti pakaian bertema sedang berlangsung.

Pasangan Zita Sukys dan Dale Ewins yang meniru watak dari filem ‘Suicide Squad’ berkenaan didakwa mengacukan pistol palsu tersebut ke arah polis ketika serbuan dibuat, lapor Sinar.

Sehubungan itu, polis membuat serbuan selepas menerima aduan mengenai individu bersenjata di kelab malam tersebut.

Sebelum ditembak, polis menyuruh Dale menjatuhkan ‘senjatanya’ tetapi gagal berbuat demikian.

“Sebagai respon, polis menembak beberapa das tembakan dan kedua-duanya cedera,” kata Superintendan Lisa Hardeman.

Sementara itu, pemilik kelab malam berkenaan, Martha Tasmis mempertahankan aktiviti parti dan mendakwa tahu mengenai pistol palsu tersebut.

“Tetapi polis tidak peduli, serbu masuk dan tembak tiga das tembakan,” kata Martha di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.