NGO Dakwa MP PKR Seleweng Duit

PETALING JAYA – Presiden NGO Inspirasi Melayu Gombak, Datuk Azhari Mohamed Juah mendakwa terdapat Ahli Parlimen PKR melakukan penyelewengan wang.

Menurut beliau penyelewengan wang ini melibatkan jumlah yang kecil ini berlaku apabila satu tuntutan hutang tidak dituntut selama 6 tahun.

Tambahnya dokumen tersebut diterima menerusi satu kiriman pos.

“Kami dapat beberapa dokumen melalui pos di pejabat kami dan antara dokumen yang lihat ialah walaupun ia nilai yang paling kecil tapi ia merisaukan kami.

“Kerana ia melibatkan dana kerajaan negeri yang digunakan secara tidak betul.

“Dan kami datang kesini untuk menghantar satu surat terbuka kepada Yayasan Selangor kerana dapati satu syarikat telah berhutang dengan Yayasan Selangor sejak 6 tahun lalu.

“Dan walaupun jumlah hutang ia kecil dan ia berjumlah RM233 ribu,” katanya ketika ditemui media di Lobi Yayasan Selangor tadi.

Dalam pada itu, beliau turut mempertikaikan kewujudan nama YB Zuraida dalam satu minit mensyuarat yang memperlihatkan beliau sebagai individu yang bertanggungjawab dalam rundingan bayaran hutang berjumlah RM233 ribu itu.

“Perkara kedua yang kami nak tanya yang merisaukan kami dalam minit mensyuarat iaitu ulasan kepada Bekas Menteri Besar iaitu Khalid Ibrahim menyatakan bahawa tindakan saman diteruskan.

“Dalam laporan tersebut terdapat nama YB Zuraida.

“Apa yang saya pelik kenapa ada nama YB Zuraida ada untuk berunding untuk bayaran RM233 ribu yang tidak dibayar kepada Yayasan Selangor,”ujarnya.

Ekoran daripada itu, satu surat telah dihantar ke Yayasasan Selangor untuk mendapatkan jawapan dari Yayasan Selangor.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.