Najib Cuit PKR, ‘Langkah Kajang Sebenar’ Mulakan Operasi

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Najib Razak mengumumkan “Langkah Kajang sebenar”, secara halus menyindir gerak politik PKR beberapa tahun lalu.

Namun ia bukanlah gerak politik seperti menaikkan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di kerusi negeri itu pada 2014.

Perdana menteri sebaliknya merujuk pelancaran Transit Aliran Massa (MRT) Kajang.

“Langkah Kajang sebenar. Datang kepada anda dalam tujuh hari,” coret Najib di Twitter malam tadi, bersama gambar papan tanda stesen MRT itu.

Bulan lalu beliau melancarkan fasa kedua laluan MRT, menghubungkan Sungai Buloh dan Kajang, yang dijadual beroperasi 17 Julai ini.

Kira-kira 500,000 orang dijangka menggunakan kemudahan prasarana itu apabila kedua-dua fasa itu disiapkan.

Ungkapan “Langkah Kajang” muncul sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba mengambil alih Selangor daripada menteri besar waktu itu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Namun, beliau gagal berbuat demikian apabila ketua umum PKR itu hilang kelayakan bertanding setelah dijatuhi hukuman penjara kerana meliwat.

Dengan memaksa wakil rakyat Kajang yang baru menang pada pilihan raya umum 2013 meletakkan jawatan, kerusi itu kemudian dipertandingkan oleh Wan Azizah. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.