Luah Rasa, Keluarga Thaqif Anggap Laporan Kes Belakangkan Keluarga

JOHOR BAHRU – Laporan penuh hasil bedah siasat pelajar madrasah tahfiz Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohamad Gaddafi akan diambil hari ini.

Mewakili keluarga murid 11 tahun itu, ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad bagi mengambil dan mendengar hasil keputusan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, semalam.

“Saya akan mewakili keluarga arwah dan kakak, Felda Wani Ahmad untuk mengambil laporan ini atas nasihat peguam.

“Ini kerana kami di pihak keluarga telah berbincang dan melantik peguam bagi mendapatkan pembelaan ke atas kematian Mohamad Thaqif yang mana sama sekali kami berasa berita (laporan bedah siasat) yang dikeluarkan semalam membelakangi keluarga dan hasil keputusan itu tidak diterima sama sekali,” katanya, seperti memetik Sinar.

Dalam pada itu, Dzuraidah berkata, keputusan bedah siasat itu hanya diketauhi menerusi media semalam dan keputusannya sangat mengejutkan.

“Kami binggung apabila Mohamad Thaqif meninggal dunia akibat kencing tikus meskipun kami tidak arif dalam bidang perubatan namun keputusan ini sangat tidak dapat diterima.

“Apapun biar peguam yang telah dilantik uruskan dan kami dipihak keluarga sememangnya akan mendapatkan pembelaaan,” katanya.

Sementara itu, salah seorang ibu saudara Nurul Nabila Ahmad turut menzahirkan perasaan terkilan dan sedih mengenai keputusan tersebut.

“Memang terkilan dan geram kerana berita ini hanya diketahui menerusi media, apa perasaan keluarga terutama kedua ibu bapa arwah.

“Kami telah berbincang dan tindakan (berita laporan bedah siasat yang dikeluarkan) itu seakan mencabar keluarga dan kami sama sekali tidak boleh terima,”katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.