Lelaki Hilang Kaki Demi Selamatkan Warga Emas

CHONGQING -. Seorang konduktor kereta api sanggup bekorban dan kehilangan kakinya demi untuk menyelamatkan seorang warga emas Khamis lalu .

Menurut laporan South China Morning Post, kaki kanan Xu Qiankai, 29, terpaksa dipotong.

Kaki kanan Xu cedera teruk selepas digilis kereta api dalam usahanya menyelamatkan seorang warga emas yang mahu menyeberangi landasan.

Sebelum kejadian, Xu yang memandu kereta api berkenaan menarik brek kecemasan dan membunyikan hon amaran untuk menghalang warga emas berkenaan dari melintasi landasan.

Walau bagaimanapun, warga emas berkenaan yang terpaku menyebabkan Xu melompat keluar dari kereta api dan menolak wanita berkenaan ke tepi landasan.

Kereta api yang masih bergerak pula menggilis kaki Xu.

Di hospital, Xu memberitahu dia tidak menyesal menyelamatkan warga emas berkenaan.

“Saya kehilangan kaki, tetapi saya berjaya menyelamatkan nyawa,” kata Xu yang merupakan bekas tentera.

 

Sementara itu, portal tempatan menyiarkan foto warga emas berkenaan melutut kepada Xu sebagai tanda terima kasih.

Wanita berkenaan yang mengalami masalah pendengaran bagaimanapun tidak terlepas dari hukuman kerana mengabaikan tanda amaran melintas landasan.

Kejadian tersebut masih disiasat oleh polis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.