Lelaki Ditahan Kerana Memandu Kereta Guna Kaki Sambil Bermain Telefon

SHANDONG – CHINA gara-gara memandu menggunakan kaki sambil menggunakan telefon bimbin lelaki tersebut telah dirakam orang dan dikesan oleh polis dan diberikan saman.

Menurut laporan South China Morning Post, video berkenaan dimuat naik ke laman sosial, awal bulan ini.

Dalam video tersebut, lelaki berkenaan bukan sahaja memandu menggunakan kaki, malah sedang menggunakan telefon bimbit.

Ketika kejadian, kereta jenis Volkswagen berkenaan dipandu di sebuah lebuh raya.

“Saya buat untuk suka-suka,” kata lelaki berusia 22 tahun berkenaan kepada sebuah stesen televisyen.

Dia mendakwa aksi berkenaan dilakukan ketika lebuh raya berkenaan kosong.

Apa yang mengejutkan, dia mendakwa tidak tahu aksi tersebut adalah salah di sisi undang-undang.

Sebelum lelaki berkenaan dikesan, polis terpaksa memerika kamera CCTV dan lebih 700 kenderaan.

Bagaimanapun lelaki tersebut perlu membayar saman yang dikenakan keatasnya.

Jumlah saman yang diterima lelaki berkenaan tidak didedahkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.