Lapisan Perut Koyak Selepas Sertai Pertandingan Makan Burger

NEW DELHI – Seorang lelaki menderita apabila lapisan dalaman perutnya terkoyak kerana terlalu taasub mahu memenangi pertandingan makan burger dianjurkan sebuah restoran.

Dalam kejadian itu, Garv Gupta memasuki pertandingan dianjurkan restoran di New Delhi itu yang menawarkan makan percuma selama sebulan kepada pemenang pertandingan makan burger cili di situ.

“Saya mengambil bahagian dalam pertandingan itu bersama beberapa rakan kerana mahukan hadiah yang ditawarkan.

“Saya memang menang, tetapi keesokannya saya muntah dengan kesan darah menyebabkan saya panik lalu terus menemui doktor.

“Rupanya burger cili yang saya makan menyebabkan luka di dalam perut. Lapisan dalam perut terkoyak dan bahagian itu terpaksa dibuang melalui pembedahan,” kata pelajar Universiti Delhi itu. – Agensi/myMetro Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.