Janna Nick Masuk Kelas Muay Thai Demi Drama Baharu

Nurul Jannah Muner atau dikenali Janna Nick sanggup menyertai sukan Muay Thai semata-mata untuk tampil lebih kurus demi menjayakan watak dalam drama baharunya, Coffee Prince.

Difahamkan, Coffee Prince merupakan drama bersiri arahan Michael Ang yang akan dibintangi Janna Nick bergandingan dengan pelakon Fattah Amin dalam drama yang bakal ditayangkan menerusi saluran stesen berbayar tempatan Astro itu, seperti laporan MH.

Menurut Janna, 22, dia menyertai sukan lasak tersebut sejak sebulan lalu dan kini dia gigih menjalani latihan secara intensif hampir setiap malam.

“Kalau nak kata penat, memang berpeluh habis. Tapi ini adalah salah satu cara untuk saya tampil dengan bentuk badan yang lebih kurus dan sihat.

“Saya akan memulakan penggambaran drama ini tidak lama lagi iaitu selepas penggambaran drama Malaysia-Indonesia berjudul Dia tamat,” kata Janna yang kini semakin bersemangat menceburi bidang perniagaan.

Terdahulu, Janna dituduh menjalinkan hubungan akrab bersama keluarga penerbit, Sheila Rusly kerana mempunyai kepentingan sendiri agar senang mendapat tawaran lakonan.

Namun, Janna tidak cepat melatah dengan tuduhan sebegitu dan menjelaskan beliau ikhlas akrab dengan keluarga Sheila dan hubungan mereka sudah seperti seorang ibu dan anak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.