Gurauan Melampau Rakan, Isteri Minta Cerai

KUALA LUMPUR – Seorang bergelar kawan baik sanggup membuatkan rumahtangga sahabatnya hampir musnah.

“Nak bergurau ada batasnya. Walaupun cermin kereta dah pecah, tapi tak apalah sebab harta boleh dicari. Orang yang kita sayang tak dapat ditukar ganti,” demikian tulis Kyrol Aszuky di Facebooknya kelmarin apabila tiba-tiba sahaja dia dituduh telah menghamilkan seorang wanita.

Seperti memetik sebuah portal, berdasarkan gambar screenshot perbualan WhatsApp yang dikongsikan, Kyrol dihubungi wanita yang menyamar sebagai perempuan bernama Mira. Apabila disoal siapakah perempuan itu sebenarnya namun, wanita itu terus mendakwa Kyrol lelaki tidak bertanggungjawab dan telah menyebabkan dirinya hamil anak lelaki itu.

“Jangan buat-buat lupa. Saya mengandung anak awak ni. Jangan awak nak lupa pulak,” tulis wanita yang didakwa bernama Mira. 

Bagaimanapun, Kyrol terus menafikan dakwaan itu dan memikirkan individu itu tersalah orang. 

“Dah dapat, takkan terus lupa? Berani buat berani tanggunglah. Cepat betul lupa. Dah sedap, lepas macam itu saja. Aku mengandung anak kau. Sekarang aku nak kau tanggung!” tulisnya lagi. 

Akibatnya dari perbuatan individu terbabit, isteri kepada Kyrol mengamuk. Kyrol cuba menghubungi individu itu namun panggilannya tidak dijawab membuatkan Kyrol bercadang untuk membuat laporan polis. 

Selepas itu, barulah individu berkenaan mengaku dirinya adalah Akmal, yang merupakan teman Kyrol dan merancang perkara itu kerana menganggapnya sebagai gurauan.

Malangnya gurauan Akmal itu telah menyebabkan isteri Kyrol mengamuk dan meminta diceraikan.

“Gurau sikit kau cakap? Bini aku dah naik hantu, nak minta cerai. Kau boleh cakap sikit? Agak-agaklah s*al. Tak payahlah bangsat, bini aku dah lari. Nak minta cerai. dia langsung tak dengar apa-apa dari aku. Good job!” balas Kyrol.

Akmal berkata dia mahu cuba menjelaskan kepada isteri rakannya itu, malangnya wanita itu telah lari dari rumah dan enggan mendengar sebarang penjelasan. 

Sementara itu, netizen pula mengecam tindakan Akmal yang bergurau keterlaluan sehingga hampir memusnahkan rumah tangga rakannya. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.