Cerita Tom Holland Dan Seluar Dalam Spider-Man

Tom Holland yang melakonkan watak Peter Parker kali ini, dipaksa memakai seluar dalam jenis ‘thong’ di sebalik sut badan Spider-Man itu menerusi filem terbaharu Spider-Man: Homecoming.

“Perkara pertama anda perlu tahu saya perlu pakai ‘thong’ di dalam kostum tersebut dan krew produksi memberikan pakaian itu sejak hari pertama penggambaran lagi.

“Walau tidak rela, saya terpaksa membiasakan diri memakainya,” katanya dalam satu temubual bersama ShortList, seperti memetik AstroGempak.

Tom berkata, dia berdepan detik sukar setiap kali mahu ke tandas.

“Saya perlu membuka kesemua kostum dan menyarung pakaian lain untuk ke tandas, takkanlah mahu pakai ‘thong’ sahaja untuk berjalan ke hulu hilir.

“Sesudah selesai saya perlu menyarung balik kostum itu dari awal.

“Apabila memakai sut Spider-Man saya akan senang dahaga jadi lebih keraplah saya ke tandas,” ujarnya.

Apabila menyarung kostum itu, menurut Tom dia hanya boleh meminum air menggunakan satu lubang kecil pada sut itu.

Tidak hairanlah, filem Spider-Man: Homecoming telah mengutip lebih AS$257 juta (RM1.1 bilion) sejak ditayangkan Khamis lalu.

Kepada peminat Spider-Man, jangan terlepas peluang menonton aksi Tom memakai ‘thong’ dalam filem terbaharu Spider-Man: Homecoming di pawagam seluruh negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!