Tahan Sakit 22 Jam Akibat Melecur

KUALA TERENGGANU – Seorang peserta perkhemahan yang melecur pada muka, tangan dan kakinya akibat terkena letupan dapur gas mudah alih terpaksa menanggung kesakitan hampir 22 jam sebelum dibawa turun dari Lata Langsir yang terletak di Gunung Berembun, Dungun semalam.

Sehubungan itu, Saiful Akmal Othman, 34, merupakan seorang peniaga mengalami kecederaan itu sewaktu berkhemah bersama 52 peserta lain terdiri daripada 39 lelaki, sembilan wanita dan empat malim gunung di tapak perkhemahan di lata berkenaan yang terletak kira-kira 800 meter dari aras laut, lapor Kosmo.

Difahamkan, rombongan peserta dari seluruh negara itu tiba di tapak perkhemahan tersebut pada Sabtu lalu dan mengikut jadual asal, mereka akan menuruni semula kaki gunung semalam.

Lata Langsir yang terkenal dalam kala­ngan peminat perkhemahan mempunyai air terjun setinggi 801 meter.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.