Tol Gombak, Bentong Guna Touch ‘n Go, 
Smart Tag Bermula 9 September

KUALA LUMPUR – Penggunaan Touch ‘n Go dan Smart Tag secara menyeluruh di tol kendalian Anih Berhad hanya akan dilaksanakan bermula 9 September ini.

 

Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan AlloyMtd memberitahu, oleh itu, dakwaan yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp bahawa tol-tol di Bentong, Pahang dan Gombak, Selangor tidak menerima bayaran tunai bermula hari ini adalah tidak benar.

 

Katanya, pihak AlloyMtd akan mengadakan sidang akhbar pada Isnin ini bagi memberi penjelasan berhubung perkara tersebut.

 

“Dakwaan itu tidak benar. Perkara tersebut tidak akan dilakukan sebelum 9 September ini. Buat masa ini kaedah pembayaran adalah seperti biasa.

 

“Kita juga meminta orang ramai supaya tidak mudah mempercayai kenyataan seumpama ini yang tersebar di laman sosial,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

 

Anih Berhad merupakan pemilik konsesi tol bagi Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, Lebuh Raya Pantai Timur dan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Serem­ban. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.