Tiada Rakyat Malaysia Cedera Dalam Letupan Bom Di Thailand

ALOR SETAR – Tidak ada laporan rakyat Malaysia mengalami kecederaan atau kehilangan nyawa dalam kejadian letupan bom yang berlaku di hadapan sebuah pusat karaoke di Padang Besar, Thailand pada 9.30 malam tadi.

 

Pengarah Jabatan Imigresen Kedah Mohamad Yusri Hashim berkata, kejadian yang berlaku di hadapan kedai Dragon Karaoke menyebabkan empat pekerja warga negara jiran itu tercedera.

 

“Setakat ini dilaporkan empat orang perempuan rakyat Thailand, seorang majikan dan tiga pekerja Dragon Karaoke cedera parah dan dihantar ke Hospital Sadao dan Hatyai,” katanya dalam kenyataan.

 

Menurutnya, letupan dipercayai berpunca daripada bom yang dipasang di sebuah motosikal di hadapan pusat karaoke terbabit. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.