Raja Zainal Enggan Ulas Hubungan Dengan Raisyyah

Shah Alam – Lelaki yang dikaitkan dengan Raisyyah Rania Yeap, Raja Zainal Badri enggan mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan wanita jelita yang baru memeluk Islam itu.

Dipetik dari Utusan Malaysia hari ini, Raja Badri menegaskan kisahnya bersama wanita itu adalah terlalu peribadi untuk dikongsikan.

“Saya tak boleh ulas apa sahaja perkara tentang Raisyyah, kerana ia adalah sesuatu yang peribadi untuk dikongsikan.

“Perkara ini adalah hal peribadi melibatkan saya dan Raisyyah,” katanya kepada akhbar tersebut.

Sebelum ini, Raisyyah yang memeluk Islam pada 3 Julai lalu dikatakan berbuat demikian kerana mahu mengahwini jejaka berketurunan kerabat diraja Selangor itu.

Ini berikutan tersebarnya gambar Raisyyah bersama seorang lelaki yang dikatakan sebagai teman rapatnya, sehari selepas melafazkan dua kalimah syahadah.

Raisyyah kemudiannya menangkis dakwaan tersebut menerusi satu video yang dimuat naik dalam laman sosial Facebooknya dengan menjelaskan bahawa perkahwinan adalah ketentuan Tuhan.

“Sekiranya say berkahwin dengan anak orang kaya pada masa hadapan, siapa saya untuk menolak ketentuan yang telah dirancang Tuhan? Itupun jika saya akan berkahwin.

“Lagipun saya sepatutnya sudah lama menjalani kehidupan bersama seorang suami. Sekiranya jodoh saya datang ketika ini, memang wajar saya menerima jodoh itu,” jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.