Macamlah Dia Tidur Sebantal Dengan Isteri Saya – Awie

Baru baru ini, seorang penulis blog ada menulis sebuah artikel yang kononnya mendedahkan kisah sebenar di sebalik kekecohan rumahtangga penyanyi terkenal, Awie termasuklah dakwaan yang mengatakan Awie dan isterinya masih belum mendaftar nikah di Malaysia.

Penulis blog itu turut mendakwa yang Awie sudah pun mengeluarkan arahan kepada pihak tertentu untuk menghalang isterinya berjumpa dengan anak anak selain turut mengulas dakwaan Rozana Misbun mencuri duit penyanyi itu berjumlah ratusan ribu ringgit.

Mengulas akan tulisan itu kepada Astro Gempak, Awie lebih senang untuk mengambil keputusan untuk berdiam diri dari memberikan kenyataan selain mempersoalkan kredibiliti penulis artikel itu yang didakwa seperti tidur sekatil dengan isterinya sehingga konon tahu perkara sebenar.

“Berdiam diri lebih baik. Bercakap banyak ni perangai syaitan. Siapa penulis blog itu? Mengapa dia gunakan nama samaran jika dia berkata benar? Tunjukkanlah diri“

“Lagipun siapa dia untuk menulis tentang rumah tangga orang lain? Cara dia menulis seolah-olah dia tidur sebantal dengan isteri saya. Tetapi tidak mengapalah, teruskan bercakap kerana saya pula akan terus berdiam kerana ia kes mahkamah dan saya menghormatinya,” ujar Awie.

Macam macam versi cerita yang kami dengar tentang kemelut Awie dengan isterinya ini dan yang pasti hanya mereka berdua dan Tuhan sahaja yang tahu apa sebenarnya terjadi ‘kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.