Khalid Ibrahim Adakan Pertemuan Empat Mata Dengan Najib

Shah Alam – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang berdepan dengan tekanan untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, mendapat suntikan moral daripada Perdana Menteri yang mengakui boleh berkerjasama dengan beliau walaupun berbeza fahaman politik.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata: “Walaupun ada perbezaan, kita boleh bekerjasama dalam banyak hal.”

Najib turut berterima kasih kepada Abdul Khalid kerana menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat Selangor anjuran pejabat Pembangunan Persekutuan Selangor di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong di sini, malam tadi.

Menurut sumber Khalid turut mengadakan perjumpaan tertutup dengan Najib sejurus selepas solat terawih.

Namun ketika diminta mengulas lanjut, beliau enggan mendedahkan sebarang maklumat berhubung tersebut.

“Hanya perjumpaan dan perbincangan biasa” menurut sumber tersebut.

Kira-kira 2,000 rakyat Selangor menghadiri majlis itu yang disusuli dengan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih.

“(Kehadiran Khalid) ini satu petanda baik, saya kira,” kata Najib.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar.

Sejak beberapa bulan lepas, Abdul Khalid menerima tekanan daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Hasrat ‘Langkah Kajang’ yang dilihat gagal menjatuhkan Abdul Khalid sebelum ini, kembali berlaku dalam PKR terutama selepas beliau gagal mempertahankan kerusinya sebagai Ketua Cabang PKR Kuala Selangor pada pemilihan parti itu baru-baru ini.

Abdul Khalid dilantik sebagai Menteri Besar Selangor selepas Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 di negeri itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.