Kerajaan Penentu Muktamad Akta Keharmonian Nasional – Najib

KUALA LUMPUR 11 Julai – Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) bukan badan penentu dalam menggubal Akta Keharmonian Nasional sebaliknya Kabinet dan kerajaan adalah pihak bertanggungjawab memuktamadkan perkara itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, akta baharu tersebut yang dicadang untuk menggantikan Akta Hasutan 1948 akan mengambil kira soal Islam sebagai agama Persekutuan, hak keistimewaan orang Melayu dan institusi diraja.

“Apa yang dilakukan Majlis Peguam itu tidak selaras dengan matlamat penubuhan MKPN. Sepatutnya pendapat semua pihak dibincang secara tertutup dan MKPN bukan badan muktamad. Kabinet dan kerajaan adalah badan muktamad dalam hal ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.