Kerabat Johor Direman 7 Hari, Bantu Siasatan Kes Bunuh Model Estonian

Kuala Lumpur – Teman lelaki model Estonian Regina Soosalu yang dipercayai dibunuh di Pulau Rawa baru-baru ini sehingga menarik perhatian umum ditahan polis bagi membantu siasatan.

The Star melaporkan, Tengku Alang Reza Ibrahim, 28, ditahan polis semalam dan direman selama tujuh hari.

Ketua CID Johor Datuk Hasnan Hassan mengesahkan penahanan Tengku Alang yang menjadikan jumlah yang ditahan berkaitan pembunuhan Soosalu sakat ini tujuh orang.

Soosalu dan Tengku Alang sebelum ini terlibat dalam kes dadah awal tahun ini, lapor The Star.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.