Kenyataan TPM Berhubung 13 Mei Telah Diputarbelit

Kuala Lumpur – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa kecewa kerana menurutnya terdapat beberapa pihak
memutarbelitkan kenyataannya berhubung tragedi 13 Mei 1969.

“Beberapa hari lepas saya menyentuh kebimbangan saya tentang kemungkinan tercetusnya pergaduhan kaum kalau kita tidak jaga dan pelihara keamanan, perpaduan dan hubungan baik antara kaum yang ada ketika ini.

“Ada manusia di Malaysia tertentu tak faham cakap saya…diputarbelitkan malah dijadikan kenyataan politik. Peringatan untuk pelihara keamanan dan kesejahteraan itu wajib.

“Bukan hanya tumpu kepada orang Melayu sahaja tetapi masyarakat keseluruhan. Islam dan bukan Islam ada tanggungjawab bersama,” katanya dalam satu majlis di Kedah semalam.

Menurutnya, memberi peringatan seperti itu bukanlah satu kesalahan tetapi kalau diputarbelit oleh pihak tertentu untuk tujuan politik akan timbul salah faham dan salah tanggap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.