Kanser Usus : Dr Suruh Enot ‘Pergi Mati’

Kuala Lumpur – Pelakon Enot membuat keputusan untuk tidak mendapatkan rawatan susulan penyakit kanser ususnya di sebuah hospital berikutan keceluparan dan sikap biadap seorang doktor yang melemparkan kata-kata kesat terhadapnya.

Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 34, berkata, perkara tersebut terjadi selepas dia enggan melakukan rawatan kemoterapi dan radioterapi yang disaran bagi mengubati penyakit tersebut.

“Saya tidak akan ke hospital itu untuk buat rawatan kerana doktor yang merawat saya terlalu biadap dia sanggup melemparkan kata-kata kesat yang menyinggung perasaan saya.

“Saya tidak mahu buat rawatan kemoterapi dan radioterapi, dia kata pergi matilah kalau tak mahu buat semua itu dan saya rasa ingin tumbuk sahaja muka dia ketika itu,” katanya seperti yang dilaporkan portal berita mStar Online.

Laporan juga menyebut, Enot bagaimanapun mengakui kejadian tersebut terjadi berikutan emosinya yang kini tidak begitu stabil dan mudah tersinggung.

Sementara itu, Enot berkata, dia enggan membuat rawatan berkenaan berikutan kegagalan kaedah rawatan tersebut terhadap ahli keluarganya yang turut mengalami penyakit kanser.

Sehubungan itu dia memilih untuk melakukan rawatan tradisional dan mengambil beberapa pil untuk kesihatan tambahan.

“Rawatan tersebut meyakitkan dan tidak berkesan, malah ahli keluarga saya yang membuat rawatan tersebut menjadi lebih parah bukan semakin sembuh.

“Saya sudah reda dan pasrah akan ‘pergi’, namun saya ada juga menjalani rawatan tradisonal dan ambil ubat-ubat tambahan untuk memberi tenaga,” katanya.

Sementara itu, Enot mengakui kini bekerja keras bagi menyimpan duit sebanyak mungkin untuk bekalan kepada anak-anaknya.

Dia juga menyimpan impian untuk menunaikan umrah bersama anak-anaknya sebelum meninggal dunia.

4 thoughts on “Kanser Usus : Dr Suruh Enot ‘Pergi Mati’

  • July 11, 2014 at 8:17 pm
    Permalink

    celaka bodoh punya doctor kerajaan mne lah lantik kau jadi doktor

    Reply
  • July 11, 2014 at 11:28 pm
    Permalink

    Enot kan dah bertudung… sapa yg amik gamba dia m ni.. x baiklah.. ishh.. admin remove gamba ni kalau boleh..

    Reply
  • July 12, 2014 at 12:04 am
    Permalink

    Tak perlu buat kimo. Ibu saya pun ada kanser. Doktor bgtau maybe tak lebih 5 tahun jangka hayatnye. Namun Allah maha berkuasa, ibu saya bertahan hingga kini dan hampir 10 tahun.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.