Aidilfitri Tidak Semeriah Dulu – A. Rahman

Kuala Lumpur – Aidilfitri bagi penyanyi veteran pop yeh yeh, Datuk A. Rahman Hassan tidak semeriah dulu, setelah ketiadaan isterinya, Datin Azizah Mohamad yang meninggal dunia dua tahun lalu.

Menurutnya, perkara itu lebih dirasai menjelang Ramadan dan Syawal, sejak dua tahun lalu.

“Sambutan hari raya saya sunyi dan tidak semeriah dulu sejak dua tahun lalu. Kini, saya hanya menyambutnya dengan menanti kepulangan anak-anak.

“Tetapi, saya tabahkan diri saya, kerana memang sudah ditetapkan setiap yang hidup pasti akan mati,” katanya ketika ditemui di Majlis Iftar Yayasan Artis 1Malaysia.

Dia bagaimanapun berkata, kunjungan rakan-rakan artis ke kediamannya pada hari lebaran, sedikit sebanyak mengurangkan kesunyian yang dialaminya.

Azizah yang juga penyanyi kumpulan Orkes Nirwana, meninggal dunia akibat kanser pangkal rahim.

Allahyarhamah yang aktif menyanyi sekitar 60-an dan 70-an, pernah popular dengan lagu seperti ‘Syurga Idaman’, ‘Pergilah Kandaku’ dan ‘Dikaulah Harapanku’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.