Tipu jual tanah FELDA, broker dan pegawai bank antara lapan ditahan SPRM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Lapan individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki bersekongkol dengan menerima rasuah hampir RM2 juta daripada sindiket penjualan tanah milik FELDA di Melaka.

Sumber SPRM memaklumkan lapan individu ditahan itu berusia antara 20 hingga 50-an membabitkan broker, pegawai bank, pengarah syarikat serta orang awam.

Tiga broker dan dua orang awam ditahan di Kuala Lumpur, manakala dua pegawai bank serta seorang pengarah syarikat ditahan di Sabah antara jam 6 petang semalam hingga 1 pagi tadi.

Mereka ditahan ketika hadir untuk dirakam keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur dan juga pejabat SPRM Sabah.

“Perintah reman tujuh hari sehingga 17 Jun ini ke atas lima suspek yang ditahan di ibu negara dikeluarkan Majistret Lili Marisqa Khalizan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

“Sementara perintah reman enam hari sehingga 16 Jun ini kepada tiga suspek termasuk dua wanita di Sabah dikeluarkan Majistret Wan Farrah Afriza Wan Ghazali di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu selepas permohonan dibuat SPRM hari ini,” katanya.

Menurut sumber, tiga broker bersama pengarah syarikat dan dua orang awam yang bertindak sebagai orang tengah itu memberi rasuah hampir RM2 juta kepada dua pegawai bank berkenaan.

Ia sebagai balasan untuk membantu meluluskan pembukaan akaun perbankan yang kononnya didaftarkan atas nama FELDA.

“Akaun perbankan yang dibuka dengan bantuan pegawai-pegawai bank berkenaan atas nama FELDA bagi memancing kepercayaan pembeli yang menyangkakan urus niaga penjualan tanah itu adalah ‘genuine’ (benar) daripada FELDA, seterusnya melakukan pembayaran ke akaun berkenaan.

“Tindakan pegawai bank yang bersekongkol dengan sindiket ini menyebabkan tanah milik FELDA seluas lebih kurang 260 hektar bernilai RM400 juta di Bukit Katil, Melaka dijual pada 2023,” katanya.

Susulan penahanan itu, sumber berkenaan berkata SPRM menyita hampir 200 akaun bank milik individu dan syarikat membabitkan nilai lebih RM28 juta.

Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan semua suspek.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA). – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat