Tangkap penyeludup bukan naikkan harga diesel – Isham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sekiranya benar dakwaan daripada pihak kerajaan konon wujud 40,000 lori hantu seludup diesel di sempadan setiap hari maka adalah lebih wajar ia diselesaikan dengan penguatkuasaan dan penangkapan penyeludup.

Justeru adalah tidak rasional masalah penyeludupan diselesaikan dengan menaikkan harga diesel secara mendadak sehingga RM3.35 seliter sekali gus menekan rakyat secara keseluruhan dengan kenaikan harga, tegas Isham Jalil.

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu malah mempersoalkan jaminan kerajaan bahawa harga barangan tidak akan naik susulan kenaikan harga bahan bakar itu.

“Dulu mereka kata ada 40,000 pengundi hantu Bangladesh “diseludup” untuk mengundi. Kali ini mereka kata ada 40,000 lori hantu seludup diesel di sempadan setiap hari.

“Jika ada masalah penyeludupan, selesaikan dengan penguatkuasaan dan tekan dan tangkaplah penyeludup. Bukannya naikkan harga diesel secara mendadak sehingga RM3.35 seliter dan tekan rakyat secara keseluruhan dengan kenaikan harga.

“Menteri kata kerajaan jamin barang tidak akan naik harga. Saya ingin tanya dia macamana dia boleh gerenti barang tidak naik harga? Jika barang naik harga adakah dia akan bayar balik kepada kita kenaikan ini? tegas Isham.

Beliau berkata demikian merujuk, Pengarah Kanan Ekonomi dan Kewangan Pejabat Perdana Menteri (PMO), Nurhisham Hussein berkata, subsidi diesel setahun adalah RM15 billion dan separuh daripadanya iaitu RM7-8 billion lesap kepada penyeludupan dan kononnya sebab itu kerajaan naikkan harga diesel kepada RM3.35 seliter.

“Saya ingin tanya Anwar mana dia dapat angka-angka ini? Kalau RM8 billion subsidi diesel lesap sebab penyeludupan di sempadan, ini bermakna 7-8 billion liter diesel diseludup keluar setiap tahun, atau 600 juta liter sebulan, atau 20 juta liter sehari diseludup keluar melalui sempadan Thailand atau di laut.
“Angka-angka ini tidak masuk akal. Contoh: Satu lori besar atau treller ada kapasiti tangki minyak dalam 500-600 liter.

“Kalau penyeludup seludup 20 juta liter sehari seperti di atas maksudnya 40,000 lori besar dan treller-treller seludup minyak keluar dari sempadan kita setiap hari.

“Ada sesiapa nampak 40,000 lori-lori dan treller-treller ini masuk keluar sempadan Thailand setiap hari? Kalau ada 40,000 lori masuk keluar Thailand dari Malaysia setiap hari, tentulah jalan masuk keluar sempadan itu akan sesak setiap hari lebih dari di Tol Gombak dua kali setahun pada musim raya.

“Kalau di laut pun, ada tak sesiapa nampak 40,000 bot bawa lari diesel ke Thailand setiap hari?
Dan andaikan jika benar perkara ini berlaku sekali pun, takkanlah kamu tidak nampak atau pihak berkuasa boleh tengok sahaja 40,000 lori seludup keluar diesel setiap hari di sempadan? Jika pihak berkuasa buat begini, ada sesuatu yang amat tidak kena dengan penguatkuasaan sempadan,” bidas Isham.

Hakikatnya kata beliau, angka-angka ini tidak logik malah mengarut dan merepek.

Sebelum ini Pengarah Kanan Ekonomi PMO, pernah berkata, langkah rasionalisasi subsidi petrol melalui pelaksanaan secara berperingkat merupakan amalan terbaik bagi mengurangkan impak harga terhadap rakyat.

Nurhisham Hussein berkata, ia berikutan pelaksanaan rasionalisasi bahan api itu akan memberi kesan besar kepada pelbagai aspek sekali gus membebankan rakyat sekiranya dilakukan secara mendadak.

“Kalau ikut harga sekarang, harga pasaran (jika diapungkan) sepatutnya dalam lingkungan RM3.50. Sekarang ini harga RM2.05 bagi RON95.

“Itu kalau hendak buat sekali gus tetapi kalau ikut amalan terbaik, (lakukan secara) berperingkat. Jangan buat sekali kerana impak dia kepada rakyat memang tinggi.

“Kita tidak mahu bebankan rakyat kerana bukan sahaja dari segi isu harga pam, tetapi juga harga logistik, inflasi dan barang-barang lain,” katanya.

Tambah beliau, kalau duit pergi kepada subsidi, kita tidak boleh bayar gaji penjawat awam, kesihatan, pendidikan, keselamatan dan apa-apa fungsi kerajaan itu, kita tidak boleh membiayai sepenuhnya kerana isu subsidi.

“Kita punya sistem percukaian pun pelik sedikit. Pengeluaran kasar negara asyik menaik tetapi hasil cukai menurun, jadi ini lah masalahnya.

“Kerajaan tersepit, tidak boleh berbuat apa-apa. Apa-apa yang reformasi struktur yang patut kita buat, kena menangani isu subsidi itu dulu,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat