Tak kisah rakyat maki berbakul, saya ada mandat – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menjadi sasaran oleh rakyat ekoran penyasaran subsidi diesel yang dibuat kerajaan semalam.

Dakwa Anwar, beliau diherdik dan dimaki oleh rakyat setelah kerajaan mengambil tindakan tidak popular untuk menetapkan harga baharu diesel pada tahap RM3.35 seliter.

“Saya kena maki berbakul-bakul, Perdana Menteri tidak prihatin dan tidak fikir mengenai rakyat. Dia fikir gembira sahaja pergi jalan sana sini.

“(Malaysia) Madani sudah jadi Madanon. Saya tidak ada masalah dan kita kena jawab dengan fakta,” katanya dalam ucapan sempena perhimpunan warga Kementerian Kewangan bersama Perdana Menteri, pagi ini, lapor MalaysiaGazette di Putrajaya pada Selasa.

Hadir sama adalah Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah dan timbalannya, Lim Hui Ying.

Anwar berkata demikian mengulas langkah kerajaan menetapkan harga diesel pada kadar RM3.35 seliter mula semalam.

Tambah Anwar, langkah penyasaran subsidi diesel ini perlu bagi mengurangkan ketirisan bahan api itu kerana terdapat nelayan-nelayan negara asing turut menikmati diesel pada harga subsidi yang diperuntukan khusus kepada rakyat negara ini.

“Kita harus selamatkan subsidi diesel dan bagaimana kita boleh hilang begitu sahaja.
“Subsidi diesel RM4 bilion, RM1.2 bilion subsidi ayam dan tidak ada pihak yang mahu ambil tindakan sebab tidak popular,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau tidak kisah untuk diherdik ekoran tindakan tidak popular tersebut.

“Saya yakin dan tidak kisah untuk rakyat maki saya berbakul-bakul. Saya ada mandat saya akan lakukan.

“Bila masa saya terpaksa undur, saya akan pergi tapi sementara saya di sini, saya akan akan tetap berjuang untuk pastikan apa yang betul untuk rakyat dan Malaysia menjadi sebuah negara hebat di Asia,” katanya lagi.

Mulai semalam, harga diesel di semua stesen runcit petrol di Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM3.35 seliter iaitu harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024 mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat