Struktur subsidi diesel sudah dipersetujui 25 tahun lalu, tapi tak laksana demi survival politik – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Penyasaran subsidi negara yang dilaksana kerajaan ketika ini sebenarnya dasar yang sudah dibincang dan dipersetujui sejak 25 tahun dulu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, namun langkah itu tidak dilaksana kerana pimpinan ketika itu lebih memikirkan soal survival politiknya, disamping penyasaran subsidi ini sendiri tak mudah dijayakan.

“Dasar (penyasaran subsidi) baik. Semua Perdana Menteri dari dulu setuju mesti ada penyasaran subsidi. Perkara ini dibincangkan semasa saya jadi Menteri Kewangan dulu.

“Lebih 25 tahun yang lalu sudah dibincangkan perlunya penyasaran subsidi, tapi tak upaya dilakukan kerana tak mudah. Biasanya pemimpin politik ini dia fikir kesan kepada pimpinan.

“Apa pun kalau tarik subsidi atau naikkan cukai memamg membebankan. Itu pandangan politik,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan (MOF) di Putrajaya, lapor BH pada Selasa.

Turut sama hadir, Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan yakin langkah diputuskan ini baik, khususnya untuk memastikan subsidi negara hanya diberi kepada mereka yang layak.

“Dalam pertimbangan kita (kerajaan), kita sudah buat keputusan yang baik iaitu sementara kita harus bantu rakyat majoriti, kita tak seharusnya beri subsidi kepada golongan maha kaya, industri besar dan orang asing.

“Bukan diskriminasi kepada orang asing kerana orang asing tak bayar cukai, cukai levi yang sangat kecil.

“Kita teliti dan dalam Jemaah Menteri pun hampir setiap minggu mendapat liputan dan perkembangan untuk pastikan pelaksanaan (penyasaran subsidi) ini berkesan,” katanya.

Anwar berkata, beliau menerima segala kritikan serta kecaman atas keputusan dibuat kerajaan dalam menyusun semula agihan subsidi negara.

“Selain parti dalam Kerajaan Perpaduan, setakat ini nampak kenyataan dari pimpinan PAS agak lunak, tidak menentang hanya memantau, tiada masalah kerana pembangkang harus pantau pelaksanaan dan kita juga harus pantau.

“Oleh itu, kita harus faham bahawa langkah sebaiknya ialah memberi bantuan kepada yang berhak. Tanggungjawab pertama kita adalah kepada rakyat kita,” katanya.

Sejak semalam, media sosial dipenuhi dengan kritikan oleh netizen yang mengeluh dengan keputusan kerajaan mengapungkan harga diesel.

Langkah penyasaran terbaru itu dibuat selepas kerajaan sebelum ini juga membuat penyasaran ke atas tarif elektrik, selain subsidi kepada ayam berjumlah RM120 juta sebulan atau RM1.2 bilion setahun dimansuhkan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat